Friday, September 13, 2013

Refresh!

Salam 1 Malaysia!!

Selamat hari RAYER..Selamat hari MERDEKA..lalallala

hahha.. merepek...sebab lame x update..so saje nak update tp xder idea.. ok sekian...bubyee...





glitter-graphics.com

Monday, February 04, 2013

Pahatkan Kenangan Itu



 Assalamualaikum w.b.t

Sahabat-sahabat sekalian... Lamenyer x mengarang.. baru kini punye ruang untuk kembali menulis di ruang kecil ini.. banyak perkara berlaku dalam hidup yang kadangkala diluar batas kawalan kita.. kita hanya merancang tapi hanya Allah sebaik-baik perancang...

Setiap kegembiraan pasti ada kedukaan... begitu juga dengan setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya...Allah yang satu...Dikala Kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan.. kerap hati ini terusik dengan kisah sedih yang terjadi sebulan selepas majlis pertunangan..

Mungkin itu hanya sebagai penyebab.. tetapi kerana kelalaian org lain... insan lain kehilangan tempat bergantung, anak- anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami... kadangkala bila teringatkan peristiwa itu.. saya bagai tertanya-tanya adakah sy sedang bemimpi.. atau hanya mainan perasaan sy., tetapi .. hakikat itu perlu diterima..

PADA TANGGAL 20 SEPTEMBER 2012..panggilan telefon membawa berita sedih yang menyayat hati dan bagai batu besar menghempap kami sekeluarga.. berita kemalangan yang disampaikan akak.. kesedihan akak Allah sahaja yang tahu.. tinggal di rumah bersama anak2.. dapat berita suami eksiden tapi x tahu nak pergi macamne.. tidak tahu memandu.. kejadian di awal pagi ketika org semua lena dibuai mimpi... ya Allah.. hilang punca.. minta bantuan tunang tlg akak.. tp disebbkan jem waktu pagi , tng lambt sampai.. akak minta jiran tlg hantrkan gune kereta abg ipar ke HKL..besarnya dugaan...perginya seorang insan berhati mulia, baik budi pekerti, lemah lembut tutur katanya.. penyabar.. dan senang memberikan pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan biarpun die juga punya kekangan... ZULKEFLI BIN AHMAD.. abang ipar sy yang terlibat dalam kemalangan di kuala lumpur  di jalan pudu.. kira-kira jam 3.30 pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja  untuk membantu org yang terperangkap dalam lif.. semoga dia mendapat jihat mencari rezeki untuk anak isteri, dan dlm perjlnan nak menolong org...

Motor yang dinaiki dirempuh oleh sebuah kereta nissan yang dipandu oleh lelaki india yang dipercayai mabuk telah terbabas dan merepuh motosikal yang dinaiki abg ipar... bagai baru mendengar berita itu... sedih x terucap saat pandangan terakhir..tenang wajahnya seperti orang dalam tidur yang lena.. sehingga kini bagaikan sukar menerima takdir ini... Majlis perkahwinan yang kekurangan seorang ahli ... Sedih melihat kakak yang perlu kuat untuk membesarkan anak2 yang masih kecil.. tanpa suami disisi, malah tidak bekerja dan tidak boleh memandu... Besarnya ujian buat akak sy.. saya sendiri rasanya tidak mampu... saya agak rapat dengan mereka.. dari zaman sekolah kerap ke rumah mereka setiap kali cuti sekolah...

Mungkin benar, orang baik Allah sayang sebab tu dia dijemput dahulu... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.. semoga akak terus tabah.. semoga anak-anaknya membesar menjadi anak yang baik mendengar kata dan jadi anak yang soleh dan solehah.. Sedihnya.. setiap kali teringat pasti mata ini mahu mengeluarkan air jernih... Al- Fatihah buat arwah... semoga tenang disana... Kami disini akan cuba membantu selagi mampu..



SEGALA KEBAIKAN DAN PERTOLONGAN BELIAU XKAN KAMI LUPAKAN.. SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN NYA DI SANA.. SEMOGA DAPAT MEMBANTU DI SANA... AMINNN......





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...