Showing posts with label SHARE. Show all posts
Showing posts with label SHARE. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

nak buat kebaikan tu senang.... =)



Assalamualaikum .....

sahabat2 bloger sekalian... heeee... ari nie nak citer ape lak ek...ermmmm......ermmm....
da bape hari ek pose ari ni?? 8 hari kan?? da mcm2 da makan bukak pose 8 hari ni kan2?? kemain lagi ekkkk....

ok la... mengikut tajuk entry kali ni.. saya ingin mengajak sahabat2 sekalian bersama2 kita 
beramal... sikit2 lame2 jadik bukit bukan...

ok, program 30 minit bersama ustaz don haritu .. beliau ade berpesan untuk same2 beramal di bulan penuh berkat ini... kebiasaannya kite ni tiap2 hari dengar lagu kan... dalam kete x yah ckp la... masuk kete... start enjin... tekan econ...tet..tekan butang radio... betul x?? hahahha same la den! 

bukan tu jek.. kat opis... nak wat keje x senang lau xder bunyik lagu dengar dj cot-cet2x... x kira la..hot.fm ke suria.fm ker.. era.fm ke... pagi2 plak ade lak mak jemah tu ha... lagi la kan... berhantu tu...:P

so, ustaz don ni ajak la.. same2 ngan diri die jugak.. untuk tukar tabiat tu untuk 30 hari di bulan ramadhan ni... tukar tabiat dengar lagu kepada dengar ayat2 quran..dengar org mengaji... kalu x sempat nak mengaji pon.. at least, dengar pon kira satu inisiatif jugak...

mungkin dengan dengar ayat2 quran tu hati kita makin lembut... inshaAllah... so kat sini nak kasi link sikit untuk online dengar dan belajar mengaji Al-quran.. 


kat sini ader audio means leh dengar tanpa lihat.. ade ayat2 yang display when ayat tu dibacekan..dan ade skali terjemahan di sebelahnya untuk rujukan... terjemahan ni pon leh pilih nak translate bahase ape yang korang nak..malahan! haaa... audio pon ade pilihan pembace nya siapa yang kita nak... haaaa.. bagus bukan....

so, same2 la kita berganding bahu berusaha untuk melipat gandakan usaha menambah amalan... jangan lupe ... bulan penuh keberkatan ni selangkah kita ke majlis ilmu setahun kebaikan yang kita dapat..ha,, bayangkan kalau berpuluh langkah... huhuuu.. terpegun dengar ustaz yang dijemput ke klinik petg jumaat lalu ceramah kat klinik ckp cmtu...

saya juga insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan ..kesalahan.. semoga kita sama2 berusaha untuk sentiasa melakukan amal baik.. menambah kekuatan iman.. menjadi muslimah dan muslimat dan hamba Nya yang disayangi seperti nabi kita Muhammad s.a.w... inshaAllah... aminn....

p/s:  ustaz yang ceramah kat klinik aritu ade ckp... mata yang x kan dijilat oleh api neraka ade DUA ... salah satu nya .. tahu x ape... hemm....

mata orang yang bertaubat kepada Allah... Subhanallah.... ustaz tu ckp lg.. bayang kan kalau mata orang yang bertaubat kepada Allah tu x dijilat api.. mcmne?? mate kita ade di mana? di kepala bukan?? so, jika api neraka itu membakari mata semesti nya badan dahulu yang kene kan?? so jika mata orang yg bertaubat kpd Allah.. tidak dijilat api nescaya badannya pon tidak akan dijilat api... maksudnya tempatnya bukan di neraka... subhanallah maha suci Allah.... insafnya.. ( ini yang sy dpt dari ceramah hari tu... jikan ade yang lebih arif , jika ader kesilapan fakta harap perbetulkan.. =)   )

"Ya Allah Kau jadikanlah aku serta insan2 yang aku sayangi.... hambamu yang ringan anggota nya melakukan ibadat kepadamu.. mendapat cahaya petunjuk darimu...dan dijauhi dari api neraka...aminn"

salam sayang ... ^__^" muaxx3! see yaa~

Tuesday, July 05, 2011

Kepayahan Mencari Sesuap Nasi

Haaallluuuuuuuuuuu~~~

Ari nie nak membebel topik lain sikit...slalu citer sal hal tepi kain sendiri kan..ari ni nak citer sal hal tepi seluar org...errkkkk~~ >.<" hahahh! ni dah bukan semacam da bunyi da gaye 2, 3 mcm daa~~ hek3...

Pagi smlm bangun kul 5 a.m, gerak balik dr umah mak kul 6 a.m...waahh2..da mcm nak g travel ke kuantan da..kene gerak awl nak antar a.ipar ke bustand nak balik kl...ho2...jgn x caye la slalu 1/2 jam ur 20 minit dari umah mak...pagi td 15 minit sampai suda...hahhaa..mentang2 jalan x jem sedap jek speed sampai 120km/jam...ish..ape neh~ ^ _^" hehehehe~ bukan selalu ye dop...

so, sampai kat bustand 2 tggu la plak kaunter tiket bukak...sambil2 duk menunggu kat dlm kete ternampak la situasi yang mencuit perasaan ..ho3..touching ler sgt! jam baru kul 6.30 a.m mase 2...kelihatan dari dalam kereta seorg pakcik...urmm..uncle la kot...cina kan slalu kite panggil uncle...org melayu x plak nak panggil uncle ek?? kenape yer??? ahh, pikir la sendiri..hahah!

Aku pon tetibe tertarik plak duk perhatikan uncle nih...sambil die berjalan...pengang satu guni kat tangan kiri...mata die melilau ke kesemua kawasan bustand..tau die cari ape??? ape lagi kalau x tin2 minuman ur botol plastik...haii la kan..betapa susah nye idup mereka kan..pagi2 subuh da bangun cari rezeki...kiter ?? agak2 kul 6.30 a.m. tgh wat aspe yer..tengah keje ker?? ofcoz la x kan?? mesti tgh sedap dibuai mimpi la tuh...x pon baru bangun nak solat...nak mandi...bersantai jek menjalani aktiviti harian...kalau kite la kat tempat mereka .. waktu tidor diabaikan untuk mencari rezeki..menangis kot hari2..berapa la sgt yer pendapatan die....

kiter??? sng sgt da idup kalau nak dibandingkan dengan uncle 2..kiter keje weekday...sibuk x sibuk pon..cukup bulan duit masuk....pastu shopping..bayar itu, bayar ini..habis duit...xder langsung perubahan..tiap2 tahun naik gaji..ape la kita nih kan....ish2!! sepatutnya bersyukur sgt da kan...tapi yela..manusia kan...mane pernah puas dengan ape yang da ade..sentiasa ingin lebih....tapi sy cukup tabik la dengan org camtu ..mencari rezeki tanpa mengira penat lelah , hasil berbaloi atau x...mencari rezeki bukan untuk mencari kekayaan...kite boleh ker nak wat cam 2????? tepuk dada tanye hati~~~~

Salam....

Monday, June 06, 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.


Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.


Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:



* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada

bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan

Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan

Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,

engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu

maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wednesday, March 02, 2011

Bagaimana mencari ketenangan jiwa?

BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.
Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.

(Surah Al-An‘am: 32)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.

(Surah Al-Ruum: 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

(Surah Al-Zariat: 56)

Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

(Surah Luqman: 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.

(Surah Al-A‘raf: 51)

Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.”

(Surah Al-An‘am: 29)

Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu. Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.

Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas .

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.

(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.

(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.

(Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.

(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.

(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

Dari apa yang telah dibicarakan di atas, jelas kepada kita bahawa Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur asalkan tidak menjejaskan kewajipan dan jauh dari segala perkara maksiat dan mungkar. Hiburan yang dilarang oleh agama Islam itu ialah segala bentuk hiburan yang melalaikan atau merugikan, apa lagi hiburan yang menjejaskan kewajipan seorang Islam. Nyanyian, karaoke, tari menari, lebih-lebih lagi tari menari yang yang bercampur lelaki dan perempuan, konsert-konsert nyanyian sekalipun atas nama “amal” tidak akan menghalang hakikatnya sebagai kegiatan yang bertentangan dengan syarak atau konsert nyanyian yang ada sekarang lebih banyak menjurus kepada tidak diredhai oleh Allah. Tujuan amal adalah kata-kata berselindung, seperti berselindung racun di sebalik makanan yang enak, akhirnya akan membunuh orang yang memakannya. Hal sedemikian telah digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya:

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya?)

Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya”.

(Surah Faatir: 8.)

Apabila di dalamnya bercampur perkara-perkara mungkar atau maksiat maka sesuatu yang haram itu tidak akan menjadi halal hanya sekadar diselubungi dengan tujuan yang baik atau kerana cita-cita itu murni. Dalam kaedah fiqh juga menjelaskan yang maksudnya:

“Di dalam umat ini akan terjadi peristiwa di telan bumi, berubah rupa bentuk dan dilempar dengan batu, Seorang lelaki daripada kalangan kaum muslimin bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah terjadi peristiwa itu?” Baginda bersabda menjawab: “Apabila telah muncul penyanyi-penyanyi perempuan dan alat-alat muzik yang ditiup dan berbagai jenis minuman arak”.

(Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Ibnu Hajar dalam kitabnya Al-Zawajir telah menjelaskan bahawa orang-orang yang duduk bersama-sama orang minum arak, orang fasik dan duduk dengan ahli hiburan yang haram (seperti majlis tari menari walaupun dengan isteri sendiri), sedangkan dia berkuasa untuk menegah perkara-perkara tersebut atau berkuasa meninggalkan majlis itu adalah suatu dosa besar.

Menurut Imam Al-Qurtubi pula, sentiasa mendengar nyanyian juga boleh menyebabkan sifat bodoh dan tertolak persaksiannya (syahadah), dan yang lebih ditakuti lagi ialah menyebabkan nifaq, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya: “Nyanyian itu menumbuhkan sifat nifaq (munafiq) dalam hati sebagaimana air menumbuhkan sayuran”.

(Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Dari itu ingatlah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah sementara dan sebagai jalan untuk menuju kebahagiaan di akhirat. Kita perlu sentiasa waspada dan ingat bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala menyediakan azab bagi orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia semata-mata tanpa menghiraukan larangan-larangan Allah dan RasulNya bahkan lalai dan leka oleh perkara-perkara mungkar dan maksiat. Ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya:

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah di antara kamu (dengankelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan hartabenda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur berkecai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.

(Surah Al-Hadid: 20)

Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga mengkhabarkan, apabila umat Islam tidak berpandukan syarak dalam menjalankan segala urusan dunia dan akhiratnya, kadang-kadang timbul sangkaan baik mereka terhadap sesuatu amalnya, pada hal adalah sebaliknya. Jika ada suatu amalan itu mengandungi perkara-perkara yang tidak selaras dengan syarak, maka rosak binasalah segala amal usahanya yang mereka sangka baik itu, dan tidak akan mendapat sebarang harga pada hari kiamat kelak, bahkan mereka akan menerima kehinaan dan azab seksa yang seburuk-buruknya. Hal ini telah diceritakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-rugi amal perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur, ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat nanti. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka pula kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejekan”.

(Surah Al-Kahfi: 103-105)

Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

Tuesday, March 01, 2011

:: Hati Seorang Wanita ::


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya... ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet: Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Monday, January 17, 2011

Ketenangan Hati~~~


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Friday, January 14, 2011

cerita tentang mereka...kiter???? bagaimana??



Di suatu malam depan panggung wayang...…

Sizuka: Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x,mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..



Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..



Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..



Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..



Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu



Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.



Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu??

Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???

Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~



Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...


Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]


**RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..^_^""

Wednesday, January 12, 2011

Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·♥CINTA YANG SEBENARNYA SALAH UNTUKKU♥Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·

Mulut ini begitu tajam seperti PISAU yang dapat mengiris-iris ,,,,,,
Mata ini begitu tajam untuk melihat apa yang ingin dilihat ,,,,,
Telinga ini begitu peka mendengar sesuatu yang terdengar,,,,,
Tangan ini begitu cepat untuk melakukan sesuatu,,,,,
Dan kaki ini begitu cepat berlari ketika merasa takut,,,,


Hati ini begitu cepat merasa dan rapuh ketika jauh darimu,,,,
Ingin menjerit dengan keadaan yang ada,,,,
Ingin menangis dengan keadaan yang terjadi,,,,
Semua bagai luka,,,,
Luka yang sangat perih,,,,
Aku tak tau dengan semua yang terjadi,,,,tak tau dengan keadaan ini,,,,


Ketika waktu yang membuat ku lupa akanmu,,,,
waktu jualah yang membuat aku ingat padamu,,,,
Aku seakan ingin berlari ke laut luas,,,, pasir putih,,,awan dan seluruh semesta yang ada,,,
agar aku bisa melepaskan semua kepedihan ini,,,, betapa siksa yang ada dibatin begitu sakit rasanya,,,,
Aku ingin mengadukan kepada sang pembuat hati ini tp rasa tak mampu untuk mengadu padaNYA,,,,
Airmata ini menetes ketika mendengar ayat-ayat indahNYA di bacakan ,,,,,, air mata ini seakan mengucapkan semua kepedihan yang dirasa,,,,,


Pikiran tenang bila menghayati setiap bait-bait ayat yang dilantunkan secara fasih dan lafal dibacakan,,,,
Hati bagaikan tersiram percikan air dari sungai surga yang belum pernah dirasakan,,,,
Apa pantas diri ini mengharapkan semua itu,,,, apa pantas diri ini mengidamkan semua itu,,,,
Padahal sebenarnya telah banyak noda yang tertulis di seluruh dinding tubuhku,,,,


Ketika malam sudah menyelimuti ,,,,,, hawa dingin menyerang dan bunyi
jangkrik-jangkrik terdengar apa yang mesti di lakukan,,,,
Jiwa ini kosong,,,, yang bisa di dengar hanya lantunan ayat-ayatMU ,,,,,,
dan penghayatannya,,,,,
Sakit rasa nya perasaan cinta yang tercipta ini bukan untukMU
ya RAHMAN ya RAHIIM ,,,,,


Aku tak sanggup dengan ini,,,, dengan semua,,,,,
Aku hina,,,,aku kotor,,,,,aku nista dan aku tak sempurna dengan ini,,,,
Aku malu ya Allah,,,, aku malu,,,,,aku takut....Ya Allah aku takut,,,,,
Semua ini hampa rasanya buat ku ,,,,,, semua ini mati untuk ku ,,,,,
Aku tidak butuh semuanya ,,,,,, aku butuh cinta ini halal buatku,,,,yang diberikan olehMU untukku dan kembali jg padaMU,,,,,


Aku tidak pantas untuk ini,,, aku tak patut untuk ini,,,,,
Rasa sedih yang membuatku sakit ya Allah ,,, batin ini sedih dan menderita,,,,,
Maaf jika aku lupa akan pengajaranMU,,,, lupa akan batas kemampuan diri ini,,,,,
Ya Rabb bantu aku,,,,,bantu aku untuk ini,,,,
Aku rela sakit jika memang sakit itu dapat memberiku pelajaran berharga buatku,,,,,
Ampuni aku yang punya perasaan salah seperti cinta ini,,,,,
seharusnya cinta yang KAUberikan hanya untukMU dan orang-orang yang halal bagiku,,,,,
bukan seperti ini,,,,cinta yang membuat sakit,,,,kecewa,,,,dan benci dengan ku,,,, Maafkan aku YA ALLAH



Menangis itu penyuci hati yang paling baik..T_T"

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Menangislah!

Ketika diri tidak ringan bergerak dalam berbuat taat.

Menangislah!

Ketika kenikmatan dunia senantiasa menghujani namun amal soleh tidak berbanding lurus dan meningkat dengan kenikmatan yang diterima. Dimanakah letak kurangnya kasih sayang Allah SWT kepada kita? Kita senantiasa menuntut hak kita terhadap Allah SWT, namun rasa syukur kita ketika mendapat nikmat-Nya tak pernah kita tunjukan dihadapan-Nya walau hanya sekedar ucapan “Alhamdulillah”.

Kita malah terlupa dan kadang lupa diri, bahwa apapun nikmat yang kita terima sesungguhnya berasal dari Allah SWT. Terkadang, kebanyakan dari kita hanya ingat kepada-Nya sewaktu diri tertimpa musibah dan kesempitan dalam hidup. Padahal, dengan mengingat Allah SWT disaat lapang dan kebahagiaan hidup menghampiri akan mendatangkan kecintaan Allah SWT dan insya Alloh di saat kesusahan menghampiri kehidupan, Allah SWT akan berbalik mengingat kita.

Menangislah!

Untuk mengharapkan datangnya pertolongan Allah SWT terhadap diri kita, sehingga Dia mengaruniakan kekuatan dan pertolongan untuk memudahkan kita dalam rangka mendekat kepada-Nya.

Menangislah!

Untuk setiap dosa yang pernah kita rajut dalam kehidupan walau kita tak akan mampu menghitung betapa besarnya keingkaran diri melebihi ketaatan kita kepada-Nya.

Pernahkah kita menangis atas kurangnya bekal persiapan untuk akhirat kita? Tempat yang kekal dan tujuan puncak kehidupan yang bekalnya kita persiapkan melalui dunia ini.

Menangislah!

Sebagai tanda kelembutan dan hidupnya hati yang senantiasa siap untuk menerima nasehat dan kebenaran yang datang.

Semoga Allah SWT senantiasa memberikan pertolongan-Nya dalam setiap hal-hal baik yang kita usahakan serta menjauhkan kita dari sifat sombong dan merasa diri bersih, karena tanpa pertolongan dari-Nya, tak seorangpun yang sanggup melakukan kebajikan di atas permukaan bumi ini.

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

hIdUp Ini..^_^"

Tak cukup seribu kalimah ku rangka
Sebahagian dariku sebatas kemampuan sedarku
Sejalan waktu masa-masa itu
Lamunan keindahan ku Mohon padaMu

Semasa ketuban menjadi selimutku
Ku ingat kau lantunkan syair-syair kelembutanmu
9 bulan itu kelam kau rasa
Bahagia slalu kau cipta
Ungkapkan berbagai doa-doa

Semasa pertama ku lihat dunia
Kau terkapar dengan tangisan bahagia
Setelah itu aku bernama
tangisanku penghias masa

siangku siangmu..
malamku malammu..
selalu dan selalu..
tak cukup ruang dan waktu

saat kakiku kuat
kau tetap memberi tongkat
saat mataku lebih tajam
kau tetap menjadi peredam

saat aku jatuh
kau belai aku dengan hangat pelukmu
saat aku tak mampu
kau lindungi aku dengan segala mampumu
kau tetap selalu dan selalu ada untukku
saat aku jauh dari pandangmu
tetap kau kirimkan aku doa-doa

aku milikmu
kau milikMu
pintuku ada padamu
Redhamu RedhaMu

Tuesday, December 28, 2010

[Share]

Kenapa Malas?
www.iluvislam.com
Oleh: Kaseh
Editor: NuurZaffan


Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.

Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif.

Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.

Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.” Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu. Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.

Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur. Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.


Monday, December 27, 2010

AnDaiKata~~

Andai kata Rasulullah Menjadi Tetamu Kita?

Bayangkan apabila Rasulullah dengan keizinan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan mukanya yang bersih berada dihadapan pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? kita pasti akan sangat berbahagia, memeluk beliau seeratnya dan lantas mempersilahkan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian tentunya kita akan meminta sangat agar Rasulullah sudi tinggal beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum........

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu seketika di depan pintu kerana kita teringat VCD atau Vedio game yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum........

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang atau gambar-gambar artis pujaan yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan bingkai lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tentu tersenyum.......

Bagaimana pula apabila Rasulullah bersedia tinggal di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mempelajarinya.

Beliau tentu tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal pula nama-nama artis, penyanyi barat dan AF (akedemik fanta***).
Barangkali kita terpaksa membersihkan satu bilik penyimpan barang menjadi ruang solat. Atau barangkali kita teringat bahawa ibu, kakak, atau adik perempuan kita di rumah tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk menutup aurat ketika berhadapan dengan Rasulullah.

Beliau tentu tersenyum........

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Belum lagi koleksi keset kita. Belum lagi koleksi karaoke. Kemana kita harus memyembunyikan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang.

Beliau tentu tetap tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu kerana pada waktu Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat berjemaah.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Qur'an. Malah, ada juga yang tidak pernah membacanya.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sapu sampah yang setiap hari berjalan di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilahkan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita penat dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.........
Malunya kami kepada mu...

Tapi.....
Masihkah beliau tersenyum?

Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir........?

Ya Allah! betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........

Maafkan kami ya Rasulullah.. diri mu terlalu mencintai ummat mu,
Sedangkan kami ummat mu?? Mungkin melupakan mu...
Maafkan kami ya Rasulullah...!

Perkongsian...^_^""

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebutkan dalam kitab Al-Barakah, bahawasanya Allah Subhanahu Wataala akan melakukan penghisaban pada hari kiamat akan seorang hambaNya, maka timbangan kejahatan hamba itu adalah lebih berat daripada kebaikannya. Lalu hamba itu diperintahkan untuk masuk ke dalam neraka.

Apabila dibawanya ke situ, Allah berfirman kepada malaikat Jibril Alaihissalam: "Dapatkan hambaKu itu dan tanyakan kepadanya: Adakah ia pernah duduk bersama orang alim ketika di dunia? Aku akan ampuni dosanya dengan syafaatnya". Apabila ditanya oleh Jibril, hamba itu menjawab: "Tiada". Lalu berkata Jibril kepada Allah: "Hai Tuhanku, Engkau yang lebih Mengetahui dengan hal hambaMu"...

Firman Allah Taala lagi: "Hai Jibril, tanya akan dia, adakah ia kasih kepada orang alim?". Maka hamba itupun ditanya dengan soalan yang serupa oleh Jibril. Jawab hamba itu: "Tiada".

Kemudian, firman Allah lagi: "Tanya olehmu hai Jibril, adakah dia pernah duduk bersama-sama orang alim dalam satu hidangan (makan bersamanya)? Aku akan ampunkan dia". Selepas ditanya Jibril, hamba itu menjawab: "Tiada muafakat dengan dia (yang membawa maksud, tidak pernah)".

Maka firman Allah Taala: "Hai Jibril, ambil dia dengan tangannya dan masukkan dia ke dalam syurga. Sesungguhnya hamba ini seorang yang kasih kepada seorang lelaki, dan lelaki itu pula merupakan seorang yang sangat kasih kepada orang alim. Maka Aku ampuni dia dengan berkatnya"...

Sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam:

Ù…َÙ†ْ أحََبَّّ اللعُÙ„َمآءَ Ù„َÙ…ْ ÙŠُÙƒْتَبْ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ Ø®َØ·ِÙŠْئَØ©ُ أيَّامِ Ø­َÙŠَاتِÙ‡ِ

Barangsiapa kasih akan ulama, tiada ditulis atasnya kasalahan sepanjang hayatnya.

Subhanallah, lihat, begitu rahimnya Allah Taala kepada hamba-hambaNya sehingga berkawan dengan orang lain yang mengasihi ulama sahajapun akan dapat tempiasnya juga. Walaupun Allah kembalikan masuk ke dalam syurga (berdasarkan kisah dia atas), namun kita masih perlu untuk berusaha, bukan bermakna sudah cukup segalanya. Paling terbaik di sini ialah, hendaklah kita mengasihi dan memuliakan orang-orang yang alim atau ulamak yang hak kerana ilmu yang ada pada diri mereka.. Sekalipun tidak bersuhbat (bersahabat) atau kurang merapatkan diri dengan para alim, janganlah sesekali kita membenci mereka (yakni ulama yang hak). Muliakanlah mereka mengikut kedudukan mereka. Jangan pula kita bersikap 'bodoh sombong', sudahlah kurang berminat untuk mencari ilmu agama, nak menghormati mereka pula jauh sekali... (ini pesanan yang berharga untuk diri ana sendiri). Adapun ulamak yang hak ialah yang mengamalkan perintah Allah Taala & sunnah Rasulullah dalam setiap inci kehidupan mereka, selaras & seimbang dengan ilmu yang mereka miliki. Maka, asbab daripada amalan mereka, ilmu yang disampaikan itu insyaAllah akan lebih memberi kesan kepada hati untuk diamalkan.

Semoga Allah Taala beri kepada sifat yang terpuji dan masukkan keinginan dalam hati sanubari kita semua iaitu kasih kepada ilmu serta para alim ulamak.

ÙˆَاللّÙ‡ُ ÙŠَÙ‡ْدِÙ‰ Ù…َÙ† ÙŠَشآءُ إلى صِرَاطٍ Ù…ُُسْتَÙ‚ِيمٍ

Wallahu alam.
-Dipetik dari kitab Matla'ul Badrain karangan Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad in Ismail daun Fatani, dengan sedikit olahan ayat

Saturday, December 25, 2010

Penawar Hati..

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."
- Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawie

pikirlah sebaik-baik nya ^^"

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Siapapun tidak mau apalagi senang ditipu,
tidak senang digosipkan, apalagi difitnah tiada yang mau,
tidak mau kehilangan muka bahkan kalau perlu mencari muka,
tidak suka kesepian apalagi merasa di tinggalkan.


Maka dari itu uruslah dirimu sendiri!
Perhatikan dan sadarilah semua tentang dirimu sendiri….
untuk apa cape-cape urusin masalah orang lain, karena mengurus masalah
sendiri saja susah.
Kecuali bertekad menjadikebaikan bagi yang lain.
Maka jadilah dulu kebaikan bagi dirimu sendiri dan orang lain.


Jangan menipu kalau tidak mau di tipu,
Jangan memfitnah atau mengosipkan orang, karena kalau terjadi pada diri sendiri,
pasti akan sangat tidak menyenangkan.
Jangan berbuat jahat walau dengan pikiran, ucapan dan perbuatan.
sebaliknya banyaklah berbuat kebaikan.


Bergaullah dan bersosialisasilah perbanyak teman, maka kau tidak akan pernah
kesepian.
Teman sahabat dan keluarga serta kerabat selalu bersamamu dan berjalan bersama
dalam suka cita.
Kembangkan potensi diri, melangkah maju.


Jangan pernah takut untuk melangkah, karena bila takut sampai kapanmu kau akan
tetap jalan di tempat.
Jatuh bangun hal biasa… karena pernah terjatuh,
maka baru tahu rasanya sakit, dan jangan biarkan jatuh lagi dong…


Jangan selalu ikut campur masalah orang, karena tiada orang yang tidak bermasalah.
tetapi bantulah mereka yang membutuhkan nasihat atau saranmu,
sesuai dengan kemampuan dan kebijaksanaanmu bila diminta atau diperlukan.
tetapi ingat jangan karena sibuk mengurusi masalah orang lain.
hidup sendiri terbengkalai, perasaan sendiri jadi tidak karuan


bijaksanalah dan Bahagialah semuanya.
Semoga semua menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya.
Semoga semua bertambah bahagia dan damai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...